Halaman

27 Jun 2013

Demonstrasi Membuat Coklat


Mudahnya Membuat Coklat!

PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia telah mengadakan aktiviti demonstrasi membuat coklat buatan tangan pada 21 Jun 2013 (Jumaat), jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, Bangunan Seri Utama, Kraftangan Malaysia




Objektif Aktiviti

Mempelajari teknik-teknik yang betul untuk menghasilkan coklat buatan tangan yang sedap dan menarik.


Menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang boleh dijadikan panduan apabila berhasrat untuk menceburi bidang keusahawanan di masa hadapan.



Jom layan foto-foto sepanjang program berlangsung :)

Puan Norhasimah Abu Hasan Ashari,  
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia dan
Puan Hajah Rogayah Mansor mencatat kehadiran.

Puan Azlinda Fizan Samat
Jurudemo




Peralatan yang digunakan. 


Kepingan coklat boleh didapati di kedai
menjual bahan-bahan membuat kek.

Kepingan coklat berharga dari RM13.00 mengikut jenis.


Langkah Pertama: 
Memotong coklat menjadi kepingan kecil. 



Puan Faridatul Akmar gigih memotong coklat.

Langkah Kedua: 
Mencairkan kepingan coklat. 
Air panas dituang ke dalam termos. 
Kemudian letakkan mangkuk berisi coklat di atas termos. 
Kacau sehingga coklat cair. 
Pastikan coklat tidak bercampur air.

Langkah Ketiga: 
Setelah coklat cair masukkan ke dalam piping bag
bagi memudahkan coklat dituang ke dalam acuan khas.



Proses menuang coklat ke dalam acuan mengguna piping bag.


Puan Nor Hazura Ahmad Bustaman asyik membuat coklat.


Coklat buatan tangan lebih enak bila ditambah kacang badam, walnut, kismis, cornflakes dan lain-lain lagi.

Inilah hasil coklat yang telah dibekukan
di dalam peti sejuk selama 20 minit.


Coklat Biskut Oreo yang telah siap, sedia untuk dimakan.




Contoh kotak-kotak pembungkusan coklat.
 



Jutaan terima kasih kepada ahli-ahli PUSPANITA yang sudi hadir.
 
Memang mudah membuat coklat!



Alhamdulillah, pada keseluruhannya program ini berjalan lancar dan para peserta telah memberi komitmen yang cemerlang.


Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Kraftangan Malaysia kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada PUSPANITA untuk menjayakan program ini.


Sekian :)










Coklat

Kebaikan Coklat



Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-

Kandungan coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.

Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari.

Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

Coklat adalah bebas daripada kolesterol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah.

Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol. Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.

Kajian oleh Holland's National Institute of Public Health and Environment mendapati coklat mengandungi 4 kali lebih antioxidants (catechins) berbanding teh hijau, yang mampu mencegah kanser dan sakit jantung.

Antioksida juga mencegah proses penuaan (aging) yang disebabkan oleh free radicals. Kandungan antioksida yang terkandung di dalam coklat dapat mencegah penuaan awal [fakta: 100mg teh mengandungi 13.9 milligrams catechins; 100 mg dark chocolate mengandungi 53.5 milligrams of catechins.

Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja. Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak. Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.

Selain itu, zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kita terjaga dan bersemangat. Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh manfaat lainnya ia juga boleh membantu meredakan batuk.

Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira, meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta. Itulah alasan yang boleh digunakan, mengapa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.

Coklat buatan tangan


Mudah membuatnya


Dark chocolate


Minuman coklat dapat mengawal diet anda



Hadiah cinta


Keburukan Coklat


Tidak dinafikan coklat juga mengundang keburukan. Di antaranya adalah:-

Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah)

Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.

Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine.

Keburukan dan kebaikan coklat telahpun diketahui.  

Renung-renungkan.

Semoga info ini menjadi panduan buat kita semua.










 

5 Jun 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia telah menyediakan sebuah van untuk ahli-ahli PUSPANITA ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 seperti berikut:

Tarikh : 3 Mei 2013 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : PWTC, Kuala Lumpur


OBJEKTIF AKTIVITI

  • Meningkatkan amalan membaca sebahagian gaya hidup.
  • Memberi peluang kepada ahli untuk mendapatkan buku-buku kegemaran  terus daripada pembekal buku.
  • Membeli pelbagai buku pada harga murah dan berpatutan dijual sempena pesta buku ini.
  • Memberi peluang kepada ahli untuk memilih dan memperoleh bahan bacaan  yang berkualiti serta terkini.


ANTARA FOTO-FOTO YANG DIABADIKAN SEMASA BERADA DI SANA










 
Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Kraftangan Malaysia kerana memberi kelulusan kepada ahli-ahli PUSPANITA untuk memeriahkan pesta buku tahun ini.










10 Mei 2013

Demonstrasi Alat Kesihatan Multi Purpose

Demonstrasi alat kesihatan Multi Purpose berkonsepkan kuasa wap atau dipanggil "STIMATIK" (Graes Steam Cleaner) oleh Puan Maria Ismail dari Syarikat Graes Appliances Sdn Bhd, telah diadakan pada 19 April 2013 (Jumaat) di Dewan Seri Utama II, Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur.


KEGUNAAN STIMATIK (Graes Steam Cleaner)
  • Membantu membunuh 98% kuman dan hama serta mampu membersihkan persekitaran dengan berkesan
  • Membersihkan karpet dan sofa
  • Kaedah mengemop cara moden untuk lantai dinding, bilik air dan lain-lain tempat yang sesuai
  • Konsep dry cleaning untuk langsir, sofa, tilam, bantal, comforter dan lain
  • Menggosok pakaian
  • Membersihkan permukaan berkaca seperti sliding door
  • Boleh dijadikan sebagai alatan untuk mandi wap

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli alat ini bolehlah menghubungi beliau seperti berikut:

Puan Maria Ismail - 019 3447194
Syarikat Graes Appliances Sdn Bhd
No. 6A, Jalan SG3/2
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor

Inilah STIMATIK


Puan Maria sedang menunjukkan teknik facial sauna
 
Dapat membersih sehingga 98%

Lantai lebih bersih dan berkilat

Membersihkan permukaan kaca



6 Okt 2011

AKTIVITI PUSPANITA

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan Cheras  


PUSPANITA Kraftangan Malaysia telah mengadakan lawatan pada 15 September 2011. Lawatan ini telah disertai oleh ahli-ahli PUSPANITA serta warga kerja. Lawatan ini diadakan bertujuan mengenali lebih dekat warga Rumah Seri Kenangan Cheras serta menjalin ukhwah sesama kita sempena bulan Syawal yang mulia ini. Lawatan ini turut disertai oleh Yang Berbahagia Puan Norhasimah binti Abu Hasan Ashari Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia.

PUSPANITA mengucapkan ribuan terima kasih serta sekalung penghargaan kepada pengurusan Rumah Seri Kenangan Cheras khasnya Puan Zubaidah, Timbalan Penguasa.

Puan Aididah Ibrahim (Timbalan Pengerusi III)
bersama YBhg. Puan Norhasimah binti Abu Hasan Ashari (Pengerusi PUSPANITA)

Ahli Puspanita yang mengikuti rombongan








Lawatan Ke Malaysia International Shoe Festival 2011 

Biro Sosial dan Kebajikan Kraftangan Malaysia telah mengadakan lawatan sempena Malaysia International Shoe Festival 2011 yang telah berlangsung pada 7 April 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Seramai 21 ahli PUSPANITA telah menyertai lawatan tersebut yang diketuai oleh Puan Nurul Huda AMS Aboo Backer, Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan.  Objektif lawatan tersebut adalah:

§  Meninjau perkembangan terkini industri kasut di peringkat global
§  Melihat rekaan kasut mengikut peredaran zaman
§  Melihat rekaan koleksi eksklusif.






Program Memasak Bubur Lambuk Dan Tahlil Arwah 


Sempena ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak, Pengurusan Kraftangan Malaysia dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Wilayah bersama PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk dan Tahlil Arwah pada 28 Julai 2011 di Bistro Perkampungan Pelukis. Program ini bertambah meriah dengan kehadiran Puan Norhasimah binti Abu Hasan Ashari, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia dan Puan Rahimah Kadir, Timbalan Pengerusi II PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia. Program ini bukan sahaja mendapat sambutan daripada warga kerja Kraftangan Malaysia di Ibu Pejabat, Cawangan Selangor serta IKN, malah warga kerja Karyaneka serta Kraf Holdings turut bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan program ini.

Program ini merupakan program tahunan diadakan untuk mengekalkan ukhwah serta silaturrahim antara pihak Pengurusan dan warga kerja. Program ini telah dimulai dengan aktiviti gotong royong menyediakan bahan-bahan serta memasak bubur lambuk. Di samping itu, Majlis Tahlil turut diadakan di Surau Kraftangan Malaysia, Perkampungan Kraf. Seramai 33 ahli PUSPANITA serta warga kerja telah bersama-sama menjayakan Majlis Tahlil.

Bubur lambuk telah diagihkan kepada semua warga kerja di Ibu Pejabat, Cawangan Kraftangan Malaysia Selangor, IKN, Kraf Holdings, Karyaneka serta penyewa-penyewa. Semoga aktiviti sedemikian akan dapat diteruskan pada masa akan datang.


5 Ogo 2010

Program Memasak Bubur Lambuk

Satu program Memask Bubur Lambuk telah diadakan pada 5 Ogos 2010 bertempat di Perkampungan Pelukis. Bersempena dengan majlis tersebut, majlis Tahlil turut diadakan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua anggota kerja. Terima kasih kepada semua anggota kerja yang telah menjayakan program ini. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...
















Mesyuarat Bersama Pengerusi

30 Julai 2010, satu mesyuarat telah diadakan bersama-sama dengan Pengerusi Puspanita, Puan Norhasimah.  Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan Majlis Tahlil & Doa Selamat serta Program Memasak Bubur Lambuk sempena menyambut bulan Ramadhan.  Mesyuarat dihadiri oleh Biro-Biro Puspanita Kraftangan Malaysia.

Orang kuat PUSPANITA

Tengah berbincang..serius...

Puan Norhasimah (Tengah), Puan Zuraida (kiri) dan Puan 'Ainu Sham (Kanan)