14 Nov 2013

Congratulations !


Dear Dr. Hajah Amirah Muhamad Nor,

Dr. Hajah Amirah Muhamad Nor
Vice Chairwoman
PUSPANITA Kraftangan Malaysia

We would like to take this opportunity to congratulate our recent PhD graduate, Puan Hajah Amirah Muhamad Nor, who has been conferred Doctor of Philosophy in Accountancy from Universiti Teknologi Mara (UiTM) in November 2013

Congratulations on your achievement and we wish you all the best in your career endeavour. 



10 Okt 2013

Al-Fatihah Buatmu


Assalamualaikum


Puan Hajah Rahimah Binti Kadir
1954 - 2013

Dukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Tuan Haji Ramli Bin Mohd Noor, iaitu Puan Hajah Rahimah Binti Kadir telah kembali kerahmatullah pada hari Rabu, 9 Oktober 2013 bersamaan 4 Zulhijjah 1434H di Hospital Seremban, Negeri Sembilan. 


Allahyarhamah adalah Timbalan Pengerusi II, PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia.  
Marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan 
di kalangan orang-orang yang beriman.
InsyaAllah...Amin.


Al-Fatihah 



2 Sep 2013

Majlis Khatam Al-Quran 1434H

Majlis Khatam Al-Quran 1434H telah diadakan seperti berikut:

Tarikh  :
  
2 Ogos 2013 (Jumaat)

Jam  :  

11 pagi – 12.30 tengahari

Tempat  :  

DSU II, Bangunan Seri Utama, Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur

Jumlah  Peserta  : 

 50 peserta
40 peserta dari PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia 
(Ibu Pejabat dan Institut Kraf Negara) 

10 peserta daripada ahli Surau Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat 


Majlis dipimpin oleh
Al Fadil Ustaz Abd Fatah bin Yusof, Pegawai dari JAWI

Yang Berbahagia Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia, Puan Norhashimah binti Abu Hasan Ashari telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada ahli-ahli PUSPANITA yang terlibat.




 



















Turut serta ahli Surau Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat

Alhamdulillah, pada keseluruhannya program ini berjalan lancar dan para peserta telah memberi komitmen yang cemerlang.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Kraftangan Malaysia kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada PUSPANITA untuk menjayakan program ini.



29 Ogo 2013

Bapa Kemerdekaan Malaysia


[225px-Tunku_abd_rahman.jpg]

Nama :

Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Tarikh Lahir & Tempat :

08 Februari 1903
di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar Kedah (Istana Pagoda)

Pendidikan :

1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar

1916 - Penang Free School, Penang

1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge

1945 - Lulus LLB dari Inner Temple, London

Kerjaya :

1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB).  Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor

1951 -  Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO

1956 -  Rombongan Merdeka ke London

1957 -  Merdeka. Perdana Menteri Pertama

1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia

1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963

1970 - Bersara dari Politik

06 Disember 1990 - Tunku kembali ke Rahmatullah
Seluruh negara berkabung atas pemergian Almarhum.  Jenazah Almarhum disemadikan di Makam Di Raja Langgar

Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.  Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra.  Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. 

Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dengan nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa Kemerdekaan.



 YTM Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni 
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah

"Jangan sesiapa berfikir kita telah sampai ke penghujung jalan: Kemerdekaan memanglah sesuatu yang penting dalam sejarah kita tetapi ia hanyalah permulaan kepada usaha baru dan berdaulat"

Al Fatihah..

sumber:  http://tokoh1malaysia.blogspot.com

MERDEKA !

Tanggal 31 Ogos 1957 Malaysia Merdeka 


Malaysia tanah air tercinta akan menyambut hari lahirnya yang ke 56.  

Tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 56 tahun ini (2013) adalah "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku". 

Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.  

Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
Logo Hari Kemerdekaan 2013


Ya Allah lindungilah negara kami semoga aman damai sentiasa !



S.E.R.A.I

Memutihkan Gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh diatasi dengan menggunakan serai sahaja.  Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang dipotong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 


Mengatasi Masalah Perut

Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. 


Serai sebagai 'Pain Killer' 


Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi. 


Detoksifikasi


Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 


Melegakan Senggugut


Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan turut hilang. 


Ajen Pencegah Kanser 


Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser.  Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.


Sumber:  Yahoo Malaysia

5 Ogo 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H


Disisir diandam dengan cekap
Busana indah pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kini menyambut Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan



daripada 

PUSPANITA 
Cawangan Kraftangan Malaysia