Halaman

5 Nov 2009

Biro Agama, Puspanita Kraftangan Malaysia telah mengadakan kelas Iqraq dan Tajwid bagi Ahli Puspanita. Kelas ini telah bermula pada bulan Ramadhan. Kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli Puspanita.

Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat


Pada 30 Oktober 2009, Puspanita Kraftangan Malaysia telah mengadakan majlis bacaan Yassin dan Doa Selamat serta Tahlil Arwah bagi anggota kerja dan ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Bacaan Yassin dan Doa Selamat dibuat bertujuan untuk meraikan anggota kerja yang akan menunaikan fardu Haji pada tahun ini. SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI DARI PUSPANITA KRAFTANGAN MALAYSIA.

9 Sep 2009

Tadarus Al-Quran



Pada 3 September 2009, Puspanita Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan telah menganjurkan Tadarus Al-Quran peringkat Kementerian. Majlis ini telah diadakan di Angkasapuri. Seramai 20 orang ahli Puspanita Kraftangan Malaysia telah bersama-sama mengikuti majlis ini.

Program Masak Bubur Lambuk


Pada 20 Ogos 2009, Puspanita Kraftangan Malaysia telah mengadakan program memasak bubur lambuk. Program ini diadakan sempena menyambut bulan Ramadan. Majlis tahlil, bacaan Yassin dan solat hajat turut diadakan.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli Puspanita serta anggota kerja Kraftangan Malaysia.