Halaman

25 Jul 2013

Salam Nuzul Al-Quran 1434H



Tulus ikhlas daripada 
PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia



Jualan Biskut Raya


PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia turut menyertai jualan biskut raya sempena Promosi Kraf Aidilfitri 2013 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay bermula 24 Julai 2013 hingga 3 Ogos 2013, 10.00 pagi - 10.00 malam.

Booth  PUSPANITA BR36

Si Manis sentiasa menanti kehadiran anda


Pelbagai biskut raya yang lazat

Harga biskut dari RM18 - RM30

Sesuai juga dijadikan hamper

Kerepek dan kacang pun ada

Tempat yang selesa berhawa dingin untuk membeli belah


Silalah berkunjung sambil kita menyokong PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia menjana pendapatan.

16 Jul 2013

Syabas dan Tahniah!


Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Cawangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Anak-Anak Ahli PUSPANITA KPKK 2012 seperti berikut:-

Tarikh : 31 Mei 2013 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri

Puspanita KPKK menjemput semua Pengerusi PUSPANITA Jabatan/Agensi serta AJK PUSPANITA dan 5 orang wakil setiap Jabatan/Agensi hadir ke majlis tersebut.  Setiap penyertaan dipohon untuk menyumbang sebanyak RM10.00 bagi bayaran penceramah jemputan.

Berikut adalah senarai nama penerima Anugerah Pelajar Cemerlang anak-anak PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia 2012.

i.  Cik Intan Syahirah bt. Haji Shahrudin (8A 1B - SPM)
          anak kepada Puan Hajah Amirah Muhamad Nor        

ii.  Cik Nur Syuhada bt. Naik (8A - PMR)
     anak kepada Puan Hasimah Abdul Gani

Hadiah yang diterima adalah:

Sebuah Komputer Riba 1Malaysia

PUSPANITA PKKM
Gambar Hiasan

Foto-foto semasa majlis berlangsung

PUSPANITA PKKM

PUSPANITA PKKM

PUSPANITA PKKM

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah!







10 Jul 2013

Amalan Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadhan


Ambillah makanan yang lambat hadam dan mengenyangkan semasa bersahur. Iaitu makanan yang mengandungi serat dan kaya dengan karbohidrat seperti roti, pisang, epal, anggur, kubis, kubis bunga, tomato dan brokoli.

Makan lebih buah-buahan

Makan lebih sayur-sayuran
Sewaktu berbuka, sebaiknya anda mengambil hidangan yang kurang berminyak dan kurang lemak.

Kurangkan juga makanan yang pedas-pedas, bergoreng atau berminyak. Ia boleh menyebabkan pedih ulu hati, menimbulkan masalah ketidakhadaman dan juga masalah berat badan.

Kunyah makanan yang dimakan secara perlahan-lahan supaya proses penghadaman anda lebih teratur.

Makanlah sekadar yang perlu. Bila terlebih makan, ia bakal menjejaskan sistem penghadaman anda. Akibatnya, anda akan letih lepas berbuka.

Elakkan makan bersulam air. Senak perut anda nanti.
  
Selain itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi sedikit gula. Iaitu yang mampu bertahan lebih kurang 3 ke 4 jam dalam sistem penghadaman. Tujuannya supaya ia dapat mengembalikan tahap glukosa dalam badan anda.

Piramid Pemakanan Sihat

Semoga amalan pemakanan di atas dapat membantu anda dan keluarga kekal sihat ketika berpuasa sepanjang Ramadhan Al-Mubarak ini.

Selamat menjalani ibadah puasa :)




9 Jul 2013

Program Tadarus Al-Quran

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Marhaban Ya Ramadhan

Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak, bulan penuh keampunan, bulan penuh ganjaran, bulan yang menjanjikan permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas dari api neraka.



Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia ingin menjemput  ahli-ahli PUSPANITA untuk menyertai Program Tadarus Al-Quran  yang akan bermula pada:

Tarikh : 10 Julai 2013 (Rabu)
Masa : 1.00 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat, Aras 1, 
Bangunan Seri Utama, Kraftangan Malaysia


Kehadiran rakan-rakan amatlah dialu-alukan. Jom meriahkan Ramadhan Al- Mubarak 1434H dengan Al-Quran.


Semoga bertambah berkat dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Amin :)


8 Jul 2013

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak 1434H


Assalammualaikum



Tulus Ikhlas Daripada 
PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia




  



1 Jul 2013

Majlis Jasamu Dikenang

Sukacita dimaklumkan
pihak pengurusan Kraftangan Malaysia akan mengadakan
Majlis Jasamu Dikenang Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Rais Yatim
seperti berikut:

Tarikh:  1 Julai 2013 (Isnin)
Masa:  8.00 malam
Tempat:  Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tema:  Santai
Pakaian:  Hitam & Putih

Semua pengarah, pegawai dan anggota kerja Kraftangan Malaysia DIWAJIBKAN hadir.



Akhir kata, kepada anda yang ingin membawa pasangan ke majlis ini
amatlah dialu-alukan. :)