6 Okt 2011

AKTIVITI PUSPANITA

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan Cheras  


PUSPANITA Kraftangan Malaysia telah mengadakan lawatan pada 15 September 2011. Lawatan ini telah disertai oleh ahli-ahli PUSPANITA serta warga kerja. Lawatan ini diadakan bertujuan mengenali lebih dekat warga Rumah Seri Kenangan Cheras serta menjalin ukhwah sesama kita sempena bulan Syawal yang mulia ini. Lawatan ini turut disertai oleh Yang Berbahagia Puan Norhasimah binti Abu Hasan Ashari Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia.

PUSPANITA mengucapkan ribuan terima kasih serta sekalung penghargaan kepada pengurusan Rumah Seri Kenangan Cheras khasnya Puan Zubaidah, Timbalan Penguasa.

Puan Aididah Ibrahim (Timbalan Pengerusi III)
bersama YBhg. Puan Norhasimah binti Abu Hasan Ashari (Pengerusi PUSPANITA)

Ahli Puspanita yang mengikuti rombongan








Lawatan Ke Malaysia International Shoe Festival 2011 

Biro Sosial dan Kebajikan Kraftangan Malaysia telah mengadakan lawatan sempena Malaysia International Shoe Festival 2011 yang telah berlangsung pada 7 April 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Seramai 21 ahli PUSPANITA telah menyertai lawatan tersebut yang diketuai oleh Puan Nurul Huda AMS Aboo Backer, Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan.  Objektif lawatan tersebut adalah:

§  Meninjau perkembangan terkini industri kasut di peringkat global
§  Melihat rekaan kasut mengikut peredaran zaman
§  Melihat rekaan koleksi eksklusif.






Program Memasak Bubur Lambuk Dan Tahlil Arwah 


Sempena ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak, Pengurusan Kraftangan Malaysia dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Wilayah bersama PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk dan Tahlil Arwah pada 28 Julai 2011 di Bistro Perkampungan Pelukis. Program ini bertambah meriah dengan kehadiran Puan Norhasimah binti Abu Hasan Ashari, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia dan Puan Rahimah Kadir, Timbalan Pengerusi II PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia. Program ini bukan sahaja mendapat sambutan daripada warga kerja Kraftangan Malaysia di Ibu Pejabat, Cawangan Selangor serta IKN, malah warga kerja Karyaneka serta Kraf Holdings turut bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan program ini.

Program ini merupakan program tahunan diadakan untuk mengekalkan ukhwah serta silaturrahim antara pihak Pengurusan dan warga kerja. Program ini telah dimulai dengan aktiviti gotong royong menyediakan bahan-bahan serta memasak bubur lambuk. Di samping itu, Majlis Tahlil turut diadakan di Surau Kraftangan Malaysia, Perkampungan Kraf. Seramai 33 ahli PUSPANITA serta warga kerja telah bersama-sama menjayakan Majlis Tahlil.

Bubur lambuk telah diagihkan kepada semua warga kerja di Ibu Pejabat, Cawangan Kraftangan Malaysia Selangor, IKN, Kraf Holdings, Karyaneka serta penyewa-penyewa. Semoga aktiviti sedemikian akan dapat diteruskan pada masa akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan