Halaman

6 Okt 2011

AKTIVITI PUSPANITA

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan Cheras  


PUSPANITA Kraftangan Malaysia telah mengadakan lawatan pada 15 September 2011. Lawatan ini telah disertai oleh ahli-ahli PUSPANITA serta warga kerja. Lawatan ini diadakan bertujuan mengenali lebih dekat warga Rumah Seri Kenangan Cheras serta menjalin ukhwah sesama kita sempena bulan Syawal yang mulia ini. Lawatan ini turut disertai oleh Yang Berbahagia Puan Norhasimah binti Abu Hasan Ashari Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia.

PUSPANITA mengucapkan ribuan terima kasih serta sekalung penghargaan kepada pengurusan Rumah Seri Kenangan Cheras khasnya Puan Zubaidah, Timbalan Penguasa.

Puan Aididah Ibrahim (Timbalan Pengerusi III)
bersama YBhg. Puan Norhasimah binti Abu Hasan Ashari (Pengerusi PUSPANITA)

Ahli Puspanita yang mengikuti rombongan








Lawatan Ke Malaysia International Shoe Festival 2011 

Biro Sosial dan Kebajikan Kraftangan Malaysia telah mengadakan lawatan sempena Malaysia International Shoe Festival 2011 yang telah berlangsung pada 7 April 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Seramai 21 ahli PUSPANITA telah menyertai lawatan tersebut yang diketuai oleh Puan Nurul Huda AMS Aboo Backer, Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan.  Objektif lawatan tersebut adalah:

§  Meninjau perkembangan terkini industri kasut di peringkat global
§  Melihat rekaan kasut mengikut peredaran zaman
§  Melihat rekaan koleksi eksklusif.






Program Memasak Bubur Lambuk Dan Tahlil Arwah 


Sempena ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak, Pengurusan Kraftangan Malaysia dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Wilayah bersama PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk dan Tahlil Arwah pada 28 Julai 2011 di Bistro Perkampungan Pelukis. Program ini bertambah meriah dengan kehadiran Puan Norhasimah binti Abu Hasan Ashari, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia dan Puan Rahimah Kadir, Timbalan Pengerusi II PUSPANITA Cawangan Kraftangan Malaysia. Program ini bukan sahaja mendapat sambutan daripada warga kerja Kraftangan Malaysia di Ibu Pejabat, Cawangan Selangor serta IKN, malah warga kerja Karyaneka serta Kraf Holdings turut bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan program ini.

Program ini merupakan program tahunan diadakan untuk mengekalkan ukhwah serta silaturrahim antara pihak Pengurusan dan warga kerja. Program ini telah dimulai dengan aktiviti gotong royong menyediakan bahan-bahan serta memasak bubur lambuk. Di samping itu, Majlis Tahlil turut diadakan di Surau Kraftangan Malaysia, Perkampungan Kraf. Seramai 33 ahli PUSPANITA serta warga kerja telah bersama-sama menjayakan Majlis Tahlil.

Bubur lambuk telah diagihkan kepada semua warga kerja di Ibu Pejabat, Cawangan Kraftangan Malaysia Selangor, IKN, Kraf Holdings, Karyaneka serta penyewa-penyewa. Semoga aktiviti sedemikian akan dapat diteruskan pada masa akan datang.


5 Ogo 2010

Program Memasak Bubur Lambuk

Satu program Memask Bubur Lambuk telah diadakan pada 5 Ogos 2010 bertempat di Perkampungan Pelukis. Bersempena dengan majlis tersebut, majlis Tahlil turut diadakan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua anggota kerja. Terima kasih kepada semua anggota kerja yang telah menjayakan program ini. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...
















Mesyuarat Bersama Pengerusi

30 Julai 2010, satu mesyuarat telah diadakan bersama-sama dengan Pengerusi Puspanita, Puan Norhasimah.  Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan Majlis Tahlil & Doa Selamat serta Program Memasak Bubur Lambuk sempena menyambut bulan Ramadhan.  Mesyuarat dihadiri oleh Biro-Biro Puspanita Kraftangan Malaysia.

Orang kuat PUSPANITA

Tengah berbincang..serius...

Puan Norhasimah (Tengah), Puan Zuraida (kiri) dan Puan 'Ainu Sham (Kanan)

16 Jul 2010

Program Iqra'

Kelas Iqra' diadakan seperti berikut :-

Selasa   - Kelas Tajwid 1 (Bilik Mesyuarat Aras 1)

Rabu     - Kelas Tajwid 2 (Bilik Mesyuarat Aras 1)

Khamis  - Kelas Tajwid 3 (Bilik Mesyuarat, Aras 2)

Masa : 1.00 hingga 2.00 petang

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas tersebut sila hubungi Puan Saadiah di Bahagian Strategik Korporat samb.  126.  Dan kepada sesiapa yang telah menyertai kelas tersebut sila hadirkan diri sepertimana jadual.

5 Nov 2009

Biro Agama, Puspanita Kraftangan Malaysia telah mengadakan kelas Iqraq dan Tajwid bagi Ahli Puspanita. Kelas ini telah bermula pada bulan Ramadhan. Kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli Puspanita.

Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat


Pada 30 Oktober 2009, Puspanita Kraftangan Malaysia telah mengadakan majlis bacaan Yassin dan Doa Selamat serta Tahlil Arwah bagi anggota kerja dan ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Bacaan Yassin dan Doa Selamat dibuat bertujuan untuk meraikan anggota kerja yang akan menunaikan fardu Haji pada tahun ini. SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI DARI PUSPANITA KRAFTANGAN MALAYSIA.

9 Sep 2009

Tadarus Al-Quran



Pada 3 September 2009, Puspanita Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan telah menganjurkan Tadarus Al-Quran peringkat Kementerian. Majlis ini telah diadakan di Angkasapuri. Seramai 20 orang ahli Puspanita Kraftangan Malaysia telah bersama-sama mengikuti majlis ini.