Halaman

10 Jul 2013

Amalan Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadhan


Ambillah makanan yang lambat hadam dan mengenyangkan semasa bersahur. Iaitu makanan yang mengandungi serat dan kaya dengan karbohidrat seperti roti, pisang, epal, anggur, kubis, kubis bunga, tomato dan brokoli.

Makan lebih buah-buahan

Makan lebih sayur-sayuran
Sewaktu berbuka, sebaiknya anda mengambil hidangan yang kurang berminyak dan kurang lemak.

Kurangkan juga makanan yang pedas-pedas, bergoreng atau berminyak. Ia boleh menyebabkan pedih ulu hati, menimbulkan masalah ketidakhadaman dan juga masalah berat badan.

Kunyah makanan yang dimakan secara perlahan-lahan supaya proses penghadaman anda lebih teratur.

Makanlah sekadar yang perlu. Bila terlebih makan, ia bakal menjejaskan sistem penghadaman anda. Akibatnya, anda akan letih lepas berbuka.

Elakkan makan bersulam air. Senak perut anda nanti.
  
Selain itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi sedikit gula. Iaitu yang mampu bertahan lebih kurang 3 ke 4 jam dalam sistem penghadaman. Tujuannya supaya ia dapat mengembalikan tahap glukosa dalam badan anda.

Piramid Pemakanan Sihat

Semoga amalan pemakanan di atas dapat membantu anda dan keluarga kekal sihat ketika berpuasa sepanjang Ramadhan Al-Mubarak ini.

Selamat menjalani ibadah puasa :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan