Halaman

Memaparkan catatan dengan label Majlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis. Papar semua catatan

29 Ogo 2013

MERDEKA !

Tanggal 31 Ogos 1957 Malaysia Merdeka 


Malaysia tanah air tercinta akan menyambut hari lahirnya yang ke 56.  

Tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 56 tahun ini (2013) adalah "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku". 

Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.  

Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
Logo Hari Kemerdekaan 2013


Ya Allah lindungilah negara kami semoga aman damai sentiasa !



1 Jul 2013

Majlis Jasamu Dikenang

Sukacita dimaklumkan
pihak pengurusan Kraftangan Malaysia akan mengadakan
Majlis Jasamu Dikenang Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Rais Yatim
seperti berikut:

Tarikh:  1 Julai 2013 (Isnin)
Masa:  8.00 malam
Tempat:  Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tema:  Santai
Pakaian:  Hitam & Putih

Semua pengarah, pegawai dan anggota kerja Kraftangan Malaysia DIWAJIBKAN hadir.



Akhir kata, kepada anda yang ingin membawa pasangan ke majlis ini
amatlah dialu-alukan. :)